| PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
senarai pengumuman terkini

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jalan Pongamia (Berhampiran Rumah Kaca) akan ditutup kepada semua kenderaan mulai 9 September 2017 (Sabtu), bagi pembinaan Projek MASS Rapid Transit Laluan 2: Sungai Buluh – Serdang – Putrajaya (SSP).

 

Sehubungan itu, semua kenderaan boleh melalui akses baharu yang telah dibina di Jalan Keledang – Sapucaya. Makluman laluan adalah seperti di Lampiran.

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Tn. Hj. Ismail b. Mat di talian 03-89467042/ 03-894966133.

 

Sekian, terima kasih.

Pelan Laluan Yang Di tutup

 

Assalamuaikum w.b.t.

Adalah dimaklumkan bahawa pegawai dan staf teknikal yang terlibat sepanjang Majlis Konvokesyen dan Pesta Konvokesyen ke 41 yang akan diadakan pada 4 November 2017 sehingga 7 November 2017 adalah seperti berikut:

PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB

En Mohd Shahril b. Salleh
En Mohd Reduan b. Sahaimi
Tn Hj Ideris b. Hadzir
En Muhammad Khairy b. Mohd Dan
En Ahmad Affendi b. Md Yusop
En Asriduan b. Ramli
En Mohammad Syazwan b. Mohd Ayob
Pn Hasliza bt. Zakaria
 
PETUGAS
 
AWAM
 
Rutaza  b. Amat
Rohaizi  bt. Rahmat
Muhammad  Mukmin  b. Othman
Mohd Izzati b. Amdan
Mohd  shahril b. Jamaludin
Abdul  Wahid b. Mat Arop
Hassan  b. Jantan
Mohd  Hanafi b. Abdul Rahim
Nur Fatin Nadhirah bt. Ramli
Mushirah  Al Nor  bt. Radhwan
Shaharudin  b.  Ahmad Shahzali
 
ELEKTRIK
 
Mokhtar b. Ami
Mohd Nasrul b. Abdul Talib
Ahmad Zubir b. Abd Khalek
Mohd Haidir b. Azfar Muhaiddin
Muhammad Nazri b. Yaakob
Isma bt. Ismail
Ishak b. Muhammad
Amiruddin b. Ahmad
Suziana bt. Sidek
 
PENJAGA ELEKTRIK
 
Ramli b. Othman
Mohd Farid b. Chi  Nong
Muaz  b. Anuar
Fariz Azraq b. Ahmad Raziz
Mohd Rezuian b. Muhamad
Abdul  Hanif b. Jalaluddin
 
MEKANIKAL
 
Mohd Fariq b. Ismail
Zulpakar b. Zahari
Mohd Fazrul b. Mohd Nasir
Mohd Nor Azman b. Hussin
Mad Basri b. Mad Afandi
Shahrol b. Labu
Mohd Hazwan b. Salim
Muhammad b. Ramli Muzammil
Norzira bt. Nordin
Anuar b. Ariffin
Muhammad Zekri b. Safiee
 
LANSKAP
 
Samsul Kamar b. Abdullah
Mohd Hasrul b. Hasaan
Zulkifli b. Abd Rahman
Asri b. Kamaruzaman
Mohd Bishrul Hafiz b. Aziz
Ahmad Rodhi b. Kamaludin
 
PEMBERSIHAN BANGUNAN PENTADBIRAN
 
Ruzaliza Isaudin
Muhammad Bahauddin
 
 
 

Sumber: Cawangan Ukur Bahan, JKR

Sebanyak 111 syarikat yang diiktiraf layak menghasilkan asphalt bagi kerja penurapan jalan yang dipecahkan kepada zon utara, zon tengah/timur dan zon selatan.

Berikut merupakan senarai syarikat yang berkaitan.

 

  

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia,

Berikut merupakan senarai kontraktor yang berjaya dilantik oleh UPM untuk projek Tender / Sebutharga UPM bagi Tahun 2017.

senarai kontraktor berjaya

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat gangguan bekalan air pada 27 April 2019 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang disebabkan kerja-kerja membaikpulih paip utama (stand Meter) yang telah pecah. Bangunan/PTJ yang akan terlibat adalah seperti berikut: 

  1. LIVES;
  2. CORMET;
  3. Kandang Kambing, ITAFos ;
  4. Kandang Lembu, ITAFos;

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara tersebut tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami Pn. Juliza Ishak di talian 03-97696097/012-2493005.

Sekian, terima kasih.

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR DI KAWASAN UPM (19 - 21 JULAI 2019)
 
Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA) sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan membaikpulih paip utama (stand Meter). Ini akan menyebabakan terdapat gangguan bekalan air di beberapa bangunan/PTJ pada 19 Julai 2019 (Jumaat) bermula jam 5.00 petang sehingga 21 Julai 2019 (Ahad) jam 5.00 petang. Bangunan/PTJ yang akan terlibat adalah seperti berikut:
 
1. LIVES;
2. COMET;
3. Kandang Kambing, ITAFos ;
4. Kandang Lembu, ITAFos;
5. Ladang, ITAFos
 
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara tersebut tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami Pn. Juliza Ishak di talian 03-97696097/012-2493005.
 
Sekian, terima kasih.
 

Tuan/Puan,

NOTIS MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN ANTARA BANGUNAN FAKULTI SAINS (BANGUNAN FAKULTI PERTANIAN LAMA) DAN BANGUNAN BIOLOGI, FAKULTI SAINS

Dengan hormatnya saya merujuk tuan kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa kerja-kerja di atas akan dilaksanakan pada10 Oktober 2019 sehingga 16 Oktober 2019. Dimohon pihak tuan untuk melakukan penutupan Jalan antara Bangunan Fakulti Sains (Bangunan Fakulti Pertanian Lama) dan Bangunan Biologi Fakulti Sains bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pengorekan dan merentang serta menguji kabel bawah tanah voltan rendah.

3. Sebarang pertanyaan sila berhubung denganIr. Asriduan Ramli / Pn. Suziana Sidik di talian 012-4660149 / 012-6713212.

4. Harap maklum dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih.  

Sekian.

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 
SEMUA KETUA PTJ
SEMUA PEGAWAI UTILITI PTJ
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
 
YBhg. Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan,
 
MEMOHON CETAKAN DALAMAN PTJ POSTER DASAR PENGURUSAN TENAGA UPM
 
Bersama-sama ini dimajukan softcopy DASAR PENGURUSAN TENAGA UPM untuk perhatian dan tindakan untuk cetakan dalaman serta paparan di PTJ  masing-masing.
 
Jasa baik dan kerjasama YBhg. Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum.
 
Terima kasih
 
Pengarah Pembangunan
Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset
Universiti Putra Malaysia
 

  

KERJA-KERJA PEMASANGAN PAIP UTAMA (MILD STEEL CEMENT LINER) DI KOLEJ PENDETA ZA'BA (P2), UPM PADA 7 NOVEMBER SEHINGGA 26 NOVEMBER 2019
 
Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja pemasangan paip air utama (MSCL) akan dijalankan di Kolej Pendeta Za'ba (P2) pada 7 November 2019 (Khamis) bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang dan dijangka siap pada 26 November 2019 (Selasa)
 
Kerja-kerja penyambungan paip tersebut akan dilakukan dari Stand Meter di laluan masuk utama Kolej Pendeta Za'ba (P2) hingga ke bangunan Blok Jebat. Kerja-kerja yang terlibat adalah kerja pengorekan jalan, kerja penyambungan dan pemasangan paip serta kerja-kerja membaiki dan menurap semula jalan yang terlibat.
 
Kepada semua pengguna yang melalui jalan tersebut dimohon untuk mengambil langkah berhati-hati dan mengutamakan keselamatan agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
 
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara tersebut tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami Tn. Hj. Hassan Hj. Jantan di talian 012-2585425 dan En. Mohd Hafizul Amin Mhd Supian di talian 012-3220621.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
KERJA-KERJA PENYAMBUNGAN PAIP UTAMA (MILD STEEL CEMENT LINER) DI KOLEJ PENDETA ZA'BA (P2), UPM PADA 23 NOVEMBER SEHINGGA 9 DISEMBER 2019
 
Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyambungan paip air utama (MSCL) akan dijalankan di Kolej Pendeta Za'ba (P2) pada 23 November 2019 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 7.00 petang dan dijangka siap pada 9 Disember 2019 (Isnin)
 
Kerja-kerja penyambungan paip tersebut akan dilakukan dari Stand Meter di laluan masuk utama Kolej Pendeta Za'ba (P2) hingga ke bangunan Blok Jebat. Kerja-kerja yang terlibat adalah kerja pengorekan jalan, kerja penyambungan dan pemasangan paip serta kerja-kerja membaiki dan menurap semula jalan yang terlibat.
 
Kepada semua pengguna yang melalui jalan tersebut dimohon untuk mengambil langkah berhati-hati dan mengutamakan keselamatan agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
 
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara tersebut tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami Tn. Hj. Hassan Hj. Jantan di talian 012-2585425 dan En. Mohd Hafizul Amin Mhd Supian di talian 012-3220621.
 
Sekian, terima kasih.
 
PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXESQAH~