Event Title
Educational Institution Visits to UPM for Knowledge and Technology Sharing
Date
07 Feb 2025 - 07 Feb 2025
Location
Office of Development and Asset Management
Event Summary
Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan dari pelbagai institusi pendidikan tinggi dan agensi bagi sesi perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan projek tenaga solar serta pengurusan pembangunan. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pihak universiti dan agensi lain mengenai inisiatif yang telah dijalankan oleh UPM dalam bidang tenaga lestari dan kecekapan tenaga.
Lawatan yang diterima melibatkan institusi berikut:
• Universiti Malaysia Sabah: Lawatan penanda aras berkaitan projek solar di UPM dan sesi perkongsian ilmu berkaitan projek solar di UPM.
• Universiti Malaya: Lawatan dari Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan Harta Benda (JPPHB), UM, berkaitan permohonan untuk belajar pengalaman UPM dalam menjalankan projek solar.
• Universiti Teknologi Malaysia: Lawatan teknikal dari Bahagian Pembangunan, UTM bagi sesi perkongsian maklumat berkaitan projek solar dan pengurusan perolehan di PPPA, UPM.
• Universiti Teknologi Mara (Cawangan Perak): Lawatan teknikal untuk belajar kaedah pengurusan pembangunan dari UPM.
• Universiti Pendidikan Sultan Idris: Lawatan kerja dari Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda, UPSI. Perkongsian maklumat berkaitan projek Energy Performance Contracting (EPC), termasuk kaedah pelaksanaan penggantian chiller secara Zero Capex, kaedah pengukuran, dan penjimatan yang diperoleh.
• Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi: Lawatan dari Bahagian Governan dan Kecemerlangan (BGK), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), bagi sesi perkongsian maklumat berkaitan projek solar di UPM.
• Kementerian Pendidikan Tinggi: Lawatan pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan Tinggi ke UPM berkaitan projek pemasangan solar di UPM.
• Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan, UPM: Sesi pengajaran kepada pelajar berkaitan projek tenaga solar di UPM.
Lawatan ini membuktikan peranan UPM sebagai institusi pendidikan tinggi yang menjadi rujukan dalam pelaksanaan projek tenaga lestari. Melalui perkongsian ilmu ini, diharapkan lebih banyak institusi dan agensi dapat mengaplikasikan teknologi hijau dalam operasi mereka, sekaligus menyokong usaha negara dalam mencapai pembangunan mampan.
![]()
Updated:: 07/02/2025 [akbar_masroh]