LOJI-LOJI OLAHAN KUMBAHAN DI MALAYSIA | DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
» ARTICLE » LOJI-LOJI OLAHAN KUMBAHAN DI MALAYSIA

LOJI-LOJI OLAHAN KUMBAHAN DI MALAYSIA

LOJI-LOJI OLAHAN KUMBAHAN DI MALAYSIA

Di Malaysia, sistem-sistem rawatan utama yang digunakan secara menyeluruh adalah tangki septik komunal, tangki Imhoff dan sistem-sistem kos rendah seperti kolam-kolam pengoksidaan. Bagi bandar-bandar besar, sistem yang digunapakai adalah menggunakan Tangki Septik Individu (IST) yang mana akhirnya ia akan diuraikan di loji-loji olahan yang disambungkan melalui paip-paip pembetungan yang dibina di kawasan bandar.

IST ini kemudiannya akan menyalurkan kumbahan ke kemudahan rawatan sekunder yang lebih moden. IST ini tidak merawat sisa kumbahan secara keseluruhannya tapi secara separa sahaja, dan masih melepaskan efluen yang masih mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi. Ini berpotensi untuk mengakibatkan masalah kesihatan awam dan persekitaran, terutamanya di kawasan bandar. Terdapat lebih daripada sejuta IST di seluruh Malaysia.

Di Malaysia, 38 peratus daripada loji olahan kumbahan adalah loji-loji mekanikal. Loji-loji ini beroperasi menggunakan perkakasan mekanikal yang mempercepatkan pemecahan kumbahan. Sistem mekanikal ini dapat beroperasi pada tahap optimum jika sistem pemantauan dan penyelenggaraan dijaga dengan baik.

Melalui akta yang dikuatkuasakan juga, Malaysia dilihat amat menitikberatkan efluen yang di lepaskan ke kawasan tadahan air (sungai/tasik). Kesemua Loji Olahan Kumbahan yang melepaskan efluen ke kawasan tadahan air perlu dinaiktaraf sistemnya bagi mematuhi piawaian ‘Standard A’ yang telah ditetapkan.

Program-program untuk menaiktaraf dan merevolusikan pengurusan kumbahan domestik di Malaysia sedang giat dijalankan. Keseluruhan infrastruktur pembetungan akan melalui proses perubahan kepada yang lebih efisyen dan mesra alam. Anggaran mengenai jumlah dan jenis loji-loji olahan awam di Malaysia adalah seperti berikut.

 

No.

Jenis Loji Olahan Kumbahan

Sehingga Okt 2014

Kesetaraan Penduduk (PE)

1

Tangki Imhoff

679

507,648

2

Kolam-kolam Pengoksidaan

403

1,681,176

3

Loji-loji Mekanikal

4,902

18,665,408

4

Stesen-stesen Pam Rangkaian

982

4,852,844

 

JUMLAH

6,966

25,707,076

 

Jadual 1: Loji-loji Olahan Kumbahan Awam di Malaysia*

*Sumber dari IWK

Date of Input: 08/10/2018 | Updated: 08/10/2018 | nm_nabilah

MEDIA SHARING

DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXEUCAo~