Oleh: Nurul Munirah Abdul Hamid
Khamis, 5 Mei 2016 - Kelab Kebajikan dan Sosial, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset telah menganjurkan satu aktiviti gerak sihat iaitu Jom Zumba yang berlangsung di Dewan Kolej Pendeta Za'ba.
Tenaga pengajar bagi aktiviti berkenaan diketuai oleh staf dari Pusat Kesihatan Universiti.
Seramai lebih 50 peserta yang terdiri dari staf Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset mengikuti aktiviti sihat yang bermula dari pukul 3.30 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.
Tujuan utama aktiviti berkenaan diadakan bagi menggalakkan lebih ramai staf Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset di UPM khususnya, dan staf UPM amnya mengikuti aktiviti senam sihat.
Date of Input: | Updated: | nm_munirah
Development Office and Asset Management,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.