Mesyuarat dihadiri oleh 120 orang yang terdiri daripada Pegawai Kanan dan Pengarah Jabatan Pembangunan Universiti Awam serta wakil dari beberapa buah kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kerja Raya.
Mesyuarat juga dihadiri oleh Naib Canselor UPM,Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris,Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), YBhg. Datuk Nik Ali Bin Mat Yunus dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan ), YBhg. Dato’ Kamel Bin Mohamad.
UPM turut memperkenalkan MYCOMS, yang mana ianya adalah insiatif pihak UPM untuk terus menyokong dan memperkukuhkan aspirasi kampus hijau dengan mengurangkan pelepasan karbon di kampus dan menyediakan pengakutan mesra alam. Ketua Setiausaha KPT turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba Kereta Elektrik (MYCOMS)tersebut.
Date of Input: 10/10/2017 | Updated: 10/10/2017 | nm_munirah
Development Office and Asset Management,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.