Oleh: Nurul Munirah Abdul Hamid
SERDANG, 11 Oktober – Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Bahagian Pembangunan, Universiti Islam Malaysia (USIM).
Program lawatan kerja oleh USIM ini bertujuan untuk perkongsian ilmu berkaitan kontrak prestasi tenaga yang dilaksanakan oleh UPM.
Delegasi dari USIM tiba di PPPA, UPM seawal jam 9 pagi. Satu sesi penerangan berkaitan EPC disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Nizan Jaffar dan diikuti dengan slot soal jawab serta perkongsian pendapat. Program tersebut diteruskan lagi dengan lawatan ke Fakulti Kejuruteraan di mana fakulti tersebut merupakan salah satu fakulti yang telah melaksanakan EPC.
Lawatan berkenaan diiringi oleh pegawai daripada PPPA, Pejabat Bursar, Fakulti Kejuruteraan, Institut Biosains serta Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Manfaat dari program seumpama ini diharapkan dapat membentuk jalinan kerjasama yang lebih erat serta dapat berkongsi ilmu di antara kedua-dua Universiti Awam di Malaysia.
Lawatan berkenaan berakhir pada pukul 12 tengahari.
Date of Input: 31/10/2017 | Updated: 31/10/2017 | nm_munirah
Development Office and Asset Management,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.