SERDANG, 8 Oktober 2018 – Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan satu taklimat “Ke Arah Menjadi Professional Engineer dan Chartered Engineer” pada 7 September 2018 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, (PPPA) UPM.
Taklimat ini telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan. Beliau bertugas sebagai Pensyarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi di Cawangan Teknikal Pendidikan Kejuruteraan di Institut Jurutera Malaysia. Taklimat ini telah dihadiri oleh Jurutera dan Penolong Jurutera yang berminat untuk menjadi Jurutera Professional. Melalui taklimat tersebut, peserta telah didedahkan gambaran berkaitan Professional Engineer (P.Eng) dan Chartered Engineer (C.Eng) dan keperluan yang diperlukan untuk seseorang jurutera menjadi Jurutera Professional. Taklimat tersebut juga menyentuh kaedah untuk menulis laporan teknikal dan laporan latihan dan pengalaman yang menjadi keperluan di dalam proses menjadi P.Eng melalui sesi interaktif antara penceramah dan peserta.
YBhg. Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan sedang menyampaikan taklimat
Oleh: Tn. Ir. Hj. Ideris Hadzir
Date of Input: 08/10/2018 | Updated: 08/10/2018 | nm_nabilah
Development Office and Asset Management,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.