Bowling Tournament Organized By Welfare Club , PPPA | DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
» NEWS » Bowling Tournament organized by Welfare Club , PPPA

Bowling Tournament organized by Welfare Club , PPPA

 

 

PERTANDINGAN BOWLING ANJURAN KELAB KEBAJIKAN, PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET

Oleh : Nurul Munirah Abdul Hamid

SABTU, 2 April - Kelab Kebajikan, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA) telah menganjurkan pertandingan bowling antara zon/seksyen/bahagian yang berlangsung di Pusat Bowling, The Mines.

Pertandingan tersebut bermula pada pukul 9 pagi dan telah dirasmikan oleh Pengarah Pembangunan, Pn. Chek Zan binti Kasah.

Seramai 55 orang staf dan pegawai telah menyertai pertandingan tersebut bagi wakil zon/seksyen/bahagian masing-masing.

Pertandingan berlangsung selama 4 jam di mana Johan bagi wakil Zon dimenangi oleh Zon Akademik dengan jatuhan pin sebanyak 1284, diikuti oleh Zon Kediaman (1268) yang memenangi tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Zon Kediaman (1253).

Bagi kategori lelaki, juara dimenangi oleh En. Mohd Hanafi Abdul Rahim, diikuti dengan naib juara dirangkul oleh En. Shahril Jamaludin dan tempat ketiga dimenangi oleh En. Mohd Zamanu Al-Mokhtadi Ehwan.

Kategori perempuan pula, juara dimenangi oleh Puan Isma Ismail, diikuti naib juara, Pn. Chek Zan Binti Kasah (Pengarah Pembangunan) dan empat ketiga diikuti dengan Pn. Juliza Ishak.

Pertandingan tersebut berakhir sekitar pukul 2 petang.


Updated:: [nm_munirah]

MEDIA SHARING

DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389468888
0389426471
C1511347439