Inauguration Of New Development Director 2017 | DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
» NEWS » Inauguration of New Development Director 2017

Inauguration of New Development Director 2017

 

SERDANG - 1 Februari 2017, Prof Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia telah melantik 
Prof. Madya Ar. Meor Mohammad Fared Meor Razali sebagai Pengarah Pembangunan Baru berkuatkuasa 1 Februari 2017.

Beliau mempunyai kepakaran dalam amalan rekabentuk senibina dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang rekabentuk bangunan

Beliau juga mengharumkan nama Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Anugerah Sukarelawan Malaysia (Anugerah Perdana Menteri) bagi kategori Inisiatif Sukarelawan Terbaik - Dre1M 2016 pada majlis Anugerah Sukarelawan Malaysia.

Beliau juga telah merekabentuk prototaip rumah mampu milik bina sendiri menggunakan bahan simen, paip pvc, kayu, bumbung ‘metal deck’ dan dinding anyaman buluh atau daun bertam yang telah berjaya dilaksanakan semasa projek Teratak Semai Fasa 5.0 iaitu projek yang memfokuskan kepada usaha membina empat unit rumah kediaman suku kaum Semai di Tapah dan Sungai Kampar, Perak.
Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset mengucapkan tahniah di atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Pembangunan yang baru.


 

 

Updated:: 12/07/2017 [nm_nabilah]

MEDIA SHARING

DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389468888
0389426471
C1506151629