Oleh: Shahzatul Azila Ismail
Serdang, 19 Julai 2017 (Rabu) – Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset tahun ini disambut meriah oleh warga PPPA yang bertujuan beramah mesra sesama staf selain menikmati pelbagai juadah dan hidangan yang disediakan.
Majlis yang berlangsung di Foyer Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari ini sebelum itu telah dirasmikan oleh Pengarah Pembangunan, Y.bhg Prof. Madya Ar.Meor Mohammad Fared Meor Razali.
Diantara tetamu jemputan yang hadir ialah En. Fahmi Azar Mistar, Ketua Bahagian Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) dan Ketua Seksyen Kewangan Pembangunan Puan Norlian Ismail serta beberapa staf lain yang turut memeriahkan majlis.
Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan PPPA ini telah menyajikan lebih dari 10 jenis juadah enak seperti sate, lemang, rendang, ketupat, nasi dagang, spegeti, lontong, kek, kuih-muih dan juga cendol.
Majlis turut dimeriahkan dengan sesi berkaraoke oleh staf Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset.
Date of Input: 10/10/2017 | Updated: 10/10/2017 | nm_munirah
Development Office and Asset Management,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.