Program Kontrak Prestasi Tenaga Atau Energy Performance Contract (EPC) Bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) | DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
» NEWS » Program Kontrak Prestasi Tenaga Atau Energy Performance Contract (EPC) Bersama Universiti Putra Malaysia (UPM)

Program Kontrak Prestasi Tenaga Atau Energy Performance Contract (EPC) Bersama Universiti Putra Malaysia (UPM)

SERDANG - 27 APRIL 2017, TNBES telah melakar sejarah dengan memeterai perjanjian 5 tahun bagi membekal perkhidmatan Kecekapan Tenaga bagi pencahayaan bangunan di bawah program Kontrak Prestasi Tenaga atau Energy Performance Contract (EPC) bersama Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan nilai keseluruhan kontrak RM 1.76 juta.

Satu majlis penyerahan kontrak telah berlangsung hari ini antara Professor Madya Ar. Meor Mohammad Fared bin Meor Razali, Pengarah Pembangunan & Pengurusan Aset UPM dan Dr. Ir. Ahmad Jaafar Abd. Hamid, Pengarah Urusan TNBES serta dihadiri oleh pegawai-pegawai utama dari kedua-dua pihak.

Sebagai salah sebuah Universiti penyelidikan yang terunggul di Malaysia, kepercayaan yang telah diberikan kepada TNBES dalam projek EPC ini telah membuktikan keyakinan UPM dalam kepakaran dan kemampuan TNBES melaksanakan projek EPC. Buat permulaan, kontrak ini akan meliputi pembekalan pencahayaan bangunan menggunakan kelengkapan yang cekap tenaga di dua Fakulti utama iaitu Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Biosains.

Kecekapan Tenaga adalah merupakan salah satu perkhidmatan utama di dalam Bisnes TNBES. Dalam perlaksanaan inisiatif kecekapan tenaga, Di bawah Program EPC, TNBES menawarkan perkhidmatan Perlaksanaan Inisiatif Kecekapan Tenaga kepada Pelanggan tanpa Pelanggan perlu mengeluarkan Belanjawan Modal (Capex). Pelaburan modal akan dibiayai oleh TNBES sepenuhnya dengan jaminan penjimatan tenaga. Hasil penjimatan tenaga yang dikira dengan nilai per Kwh ini juga, akan dikongsi bersama pelanggan mengikut pembahagian peratusan yang telah dipersetujui bersama.

Semoga dengan termeterainya kontrak EPC ini, ianya akan kelak memberi impak yang positif kepada TNBES amnya dan TNB khasnya dalam menyokong usaha Kerajaan Malaysia untuk melestarikan industri tenaga di Negara ini.

#tnbes #sustainabilityREinvented

-DN-

Updated:: 12/07/2017 [nm_nabilah]

MEDIA SHARING

DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389468888
0389426471
C1506151618