Site Visit From Universiti Islam Malaysia About Sharing Knowledge Of EPC | DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
» NEWS » Site Visit From Universiti Islam Malaysia About Sharing Knowledge of EPC

Site Visit From Universiti Islam Malaysia About Sharing Knowledge of EPC

Oleh: Nurul Munirah Abdul Hamid

SERDANG, 11 Oktober – Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), Universiti  Putra Malaysia telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Bahagian Pembangunan, Universiti Islam Malaysia (USIM).

Program lawatan kerja oleh USIM ini bertujuan untuk perkongsian ilmu berkaitan kontrak prestasi tenaga yang dilaksanakan oleh UPM.

Delegasi dari USIM tiba di PPPA, UPM seawal jam 9 pagi. Satu sesi penerangan berkaitan EPC disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Nizan Jaffar dan diikuti dengan slot soal jawab serta perkongsian pendapat. Program tersebut diteruskan lagi dengan lawatan ke Fakulti Kejuruteraan di mana fakulti tersebut merupakan salah satu fakulti yang telah melaksanakan EPC.

Lawatan berkenaan diiringi oleh pegawai daripada PPPA, Pejabat Bursar, Fakulti Kejuruteraan, Institut Biosains serta Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.  Manfaat dari program seumpama ini diharapkan dapat membentuk jalinan kerjasama yang lebih erat serta dapat berkongsi ilmu di antara kedua-dua Universiti Awam di Malaysia.

Lawatan berkenaan berakhir pada pukul 12 tengahari.

Date of Input: 31/10/2017 | Updated: 31/10/2017 | nm_munirah

MEDIA SHARING

DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXDTRAV~