AUDIT PEMANTAUAN SEMAKAN 1 SIRIM SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS) ISO 9001:2015
24 September 2025: Audit Pemantauan Semakan 1 SIRIM bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 telah dilaksanakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang melibatkan beberapa Pusat Tanggungjawab (PTJ) terpilih sepanjang tempoh 22 hingga 26 September 2025. Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA) telah terpilih sebagai salah satu PTJ yang terlibat yang diambil sampel oleh juruaudit. Sesi pengauditan ini telah dijalankan oleh juruaudit SIRIM iaitu Puan Sarasvathy A/P Sundara Pathar. Audit ini bertujuan untuk menilai tahap pematuhan terhadap keperluan standard ISO 9001:2015, memastikan keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti serta menambah baik amalan berterusan di PPPA. Majlis pembukaan telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Dr. Maznah Sahran, Pengarah Pembangunan, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan, UPM, serta turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Pegawai P&P dan juruaudit dalaman PPPA.
Hasil penemuan tidak rasmi menunjukkan pencapaian yang membanggakan dengan 0 NCR (Non-Conformity Report) dan hanya 2 OFI (Opportunities for Improvement) yang telah direkodkan. Keputusan ini sekali gus membuktikan keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di PPPA serta komitmen berterusan dalam mengekalkan kecemerlangan pengurusan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga PPPA yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang audit dijalankan. Syabas dan tahniah juga diucapkan kerana berjaya mengekalkan prestasi cemerlang dalam pengurusan kualiti seiring dengan aspirasi universiti.
PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


Tarikh Input: 26/09/2025 | Kemaskini: 26/09/2025 | azmil

Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.