SERDANG, 11 Februari 2026 – Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), Universiti Putra Malaysia telah melaksanakan Bengkel Perancangan PPPA Tahun 2026 sebagai platform strategik untuk memuktamadkan Perancangan Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tahun 2026. Bengkel yang diadakan di Royal Park Hotel @ UNITEN Bangi ini melibatkan Ahli Pengurusan serta Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) PPPA.
Pelaksanaan bengkel ini memberi penekanan kepada semakan pencapaian KPI serta penyataan risiko strategik dan operasi sebagai asas penyediaan perancangan baharu. Pendekatan ini memastikan setiap sasaran dan pelan tindakan dirangka secara berstruktur, realistik serta selaras dengan keutamaan universiti.
Perancangan yang dibangunkan turut mengambil kira lima fokus utama tahun 2026 yang telah ditekankan oleh Naib Canselor, iaitu Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kesihatan Planet dan Kelestarian, Kesohoran Global, Kesejahteraan Warga serta Jiwa Putra. Dalam konteks ini, PPPA memainkan peranan signifikan dalam menyokong pembangunan infrastruktur mampan, pengurusan aset yang cekap serta persekitaran kampus yang kondusif bagi memperkukuh aspirasi True North UPM.
Sepanjang bengkel, enam bahagian utama PPPA telah membentangkan sasaran dan pelan tindakan masing-masing sebelum dimurnikan secara kolektif bagi memastikan penyelarasan fungsi dan pengoptimuman sumber. Bengkel yang berakhir dengan jayanya ini mencerminkan komitmen berterusan PPPA dalam memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan kecekapan penyampaian pembangunan fizikal dan pengurusan aset universiti secara sistematik, mampan dan berimpak tinggi.





Tarikh Input: 03/03/2026 | Kemaskini: 03/03/2026 | azmil

Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.