Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA) telah menganjurkan program Gotong Royong Membantu Membaiki Rumah Staf PPPA Akibat Ribut pada 7 September 2024, bagi membantu staf yang terkesan dengan kejadian ribut baru-baru ini. Program ini bertujuan untuk meringankan beban staf yang terjejas dengan memberi sokongan dalam memperbaiki rumah mereka.
Aktiviti gotong royong ini melibatkan penyertaan staf PPPA yang bersama-sama membantu dalam kerja-kerja pembaikan rumah. Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua staf PPPA amat membanggakan dan memberikan sokongan moral kepada mangsa yang terlibat.
PPPA amat berbangga dengan semangat keutuhan dan perpaduan antara staf yang sentiasa bersedia membantu antara satu sama lain, terutamanya dalam saat-saat sukar. Diharapkan usaha ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung dan memberikan harapan baru kepada mereka yang terjejas.






Tarikh Input: 18/11/2024 | Kemaskini: 18/11/2024 | akbar_masroh

Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.