Pada 8 Mac 2024, telah diadakan majlis bersempena menyambut bulan ramadan 1445H/2024. Persiapan program telah dilakukan sejak petang 6 Mac 2024. Program ini telah melibatkan semua kakitangan Pejabat Pembangunan & Pengurusan Aset UPM.
Setiap tahun, ketika bulan Ramadan tiba, suasana di PPPA berubah menjadi lebih hangat dan penuh kebersamaan. Sebagai seorang Muslim kami merasa lebih sempurna dengan sambutan Ramadan yang diadakan di tempat kerja ini.
Tambahan, kami diberikan sedikit kelonggaran dalam menjayakan program ini, disamping tidak terbeban dengan tugasan sedia ada. Ternyata program ini telah berjalan lancar, Sesi bacaan Yasin dan doa telah berjalan dengan sempurna. Semoga dengan adanya program ini boleh menambah nilai nilai toleransi, dan saling menghormati diantara satu sama lain serta dapat mencipta persekitaran kerja yang membangun dan menginspirasi semua pihak.
Tarikh Input: 18/03/2024 | Kemaskini: 18/03/2024 | akbar_masroh
Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.