KEJOHANAN LIGA PENALTI INTER PTJ, UPM (PIALA PENGARAH PEMBANGUNAN, PPPA) | PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
» AKTIVITI » KEJOHANAN LIGA PENALTI INTER PTJ, UPM (PIALA PENGARAH PEMBANGUNAN, PPPA)

AKTIVITI

Tajuk Acara
KEJOHANAN LIGA PENALTI INTER PTJ, UPM (PIALA PENGARAH PEMBANGUNAN, PPPA)
Tarikh
07 Oct 2017 - 07 Oct 2017
Masa
08.00 - 02.00
Lokasi
PADANG A, UPM
Ringkasan Acara
Adalah dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan dan Sosial, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), UPM akan menganjurkan Kejohanan Liga Penalti Inter PTJ, UPM (Piala Pengarah Pembangunan, PPPA) pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh : 7 Oktober 2017 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 2.00 petang
Tempat : Padang A, UPM

Sehubungan itu, Kelab Kebajikan dan Sosial, PPPA mengalu-alukan penyertaan daripada semua PTJ bagi menyertai kejohanan tersebut. PTJ yang berminat untuk menyertai kejohanan tersebut dimohon untuk melengkapkan Borang Penyertaan seperti di Lampiran dan menghantar kepada Urusetia Kejohanan (En. Mohammad Nazri Yaakub/ En. Mohd Haidhir Azfar Muhaiddin) beserta Yuran Penyertaan sebanyak RM50.00/pasukan. Untuk makluman penyertaan terhad kepada 32 pasukan terawal sahaja dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 September 2017 (Khamis).

Syarat penyertaan serta maklumat Urusetia untuk dihubungi berkaitan Kejohanan tersebut adalah seperti di dalam Borang Penyertaan.

Sekian, terima kasih.

Kemaskini:: 21/09/2017 [wannoorshidah]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXEbKAc~