MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PPPA 2024 | PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
» AKTIVITI » MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PPPA 2024

AKTIVITI

Tajuk Acara
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PPPA 2024
Tarikh
23 Apr 2024 - 23 Apr 2024
Masa
08.00 - 03.00
Lokasi
Ruang Legar PPPA
Ringkasan Acara
Pada 23/4/2024 (Selasa), Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, PPPA UPM telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya PPPA 2024. Program ini melibatkan aktiviti memasak beberapa jenis menu antaranya, nasi tomato, sota, lemang, rendang, charkuew teow dan lain-lain.
Aktiviti gotong royong telah dimulakan sejak hari Isnin 23/4/2024 jam 2 petang hingga selesai. Seluruh staf yang berkelapangan telah bersama-sama menyediakan bahan masakan untuk majlis sambutan hari raya itu. Tambahan, minum petang dan makan malam sempena aktiviti gotong royong juga telah disediakan bersama-sama pada hari Isnin tersebut.
Program ini melibatkan ketua-ketua petugas bagi Majlis Sambutan Hari Raya PPPA pada 23/4/2024 (Selasa) yang telah dilantik semasa perbincangan. Program ini juga melibatkan ketua-ketua bahagian yang berkelapangan. Dalam majlis ini juga juga telah diadakan pertandingan untuk pemilihan pakaian/busana raya tercantik. Undian telah dibuat secara online dalam kalangan warga PPPA. Pemenang bagi kategori ini ialah En. Mohd Tarmizi. Akhir kata, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, UPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya PPPA 2024 pada 23 April 2024.

Kemaskini:: 09/05/2024 [akbar_masroh]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXFURAV~