KEBENARAN MERANCANG (KM) | PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
» ARTIKEL » KEBENARAN MERANCANG (KM)

KEBENARAN MERANCANG (KM)

KEBENARAN MERANCANG (KM)

Kebenaran merancang merupakan kebenaran secara bertulis daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap sesuatu permohonan cadangan pemajuan. Ia merupakan kelulusan yang diperlukan setelah kelulusan tukar syarat tanah diperolehi, yang mana ia adalah sebelum proses pelan bangunan diteruskan. Tiada had keluasan tanah yang dikesualikan daripada kebenaran merancang walaupun tanah tersenut kurang daripada 1 ekar.

Menurut Seksyen 2 Akta 172, kebenaran merancang ditakrifkan sebagai kebenaran yang diberikan  dengan atau tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan. Manakala Seksyen 19 (1) memperuntukkan tiada seorang pun selain Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh memulakan, mengusahakan atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah Seksyen 22 atau dilanjutkan Subseksyen 24(3).

Pada amnya, kebenaran merancang adalah prosedur yang mana pemohon perlu mengemukakan dokumen dan maklumat kepada PBT untuk mendapat kebenaran merancang sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 21A (Laporan Cadangan Pemajuan, LCP) dan Seksyen 21B (Pelan Susun Atur).

Aktiviti-Aktiviti Yang Tidak Perlu/Dikecualikan Kebenaran Merancang

Tujuan pengecualian kebenaran merancang adalah untuk mempercepatkan proses pembangunan hartanah terutama sekali bagi pemajuan yang mudah dan ‘straight foeward’.  Ia juga untuk menambaik prosedur permohonan kelulusan dengan menurangkan proses yang berlapis dan berulang serta meningkatkan keberkesanan gunatenaga PBT dan agensi kerajaan.

Aktiviti yang dikecualikan dan tidak perlu kelulusan merancang adalah:

  1. Menjalankan kerja menyelenggara, pembaikan atau perubahan lain hanya kepada bahagian dalaman sesebuah bangunan;

 

  1. Kerja-kerja memasang, memeriksa, memperbaiki atau memperbaharui mana-mana parit, pembetung, sesalur, paip, kabel atau lain-lain perkara yang sama maksudnya;

 

  1. Kerja-kerja memperbaiki jalan termasuk memecah mana-mana jalan atau tanah bagi maksud yang sama;

 

  1. Kerja-kerja penggalian telaga atau perigi bagi tujuan kegunaan pertanian;

 

  1. Menggunakan tanah atau bangunan dalam tempoh yang kurang daripada sebulan bagi tujuan:
    1. Panggung wayang, panggung atau pertunjukkan sementara atau bergerak;
    2. Taman hiburan, pestaria atau pameran sementara;
  • Istiadat atau kebesaran sementara yang bercorak agama, social atau lainnya;
  • Pembinaan atau mendirikan bangunan-bangunan sementara untuk menampung pekerja-pekerja yang terlibat dalam pembinaan;

 

  1. Menggunakan mana-mana tanah atau bangunan dalam perkarangan sesuatu kediaman bagi tujuan menikmati kediaman tersebut;

 

  1. Membuat apa-apa perubahan secara material kepada penggunaan tanah atau bangunan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN)

 

sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia

Tarikh Input: 08/10/2018 | Kemaskini: 08/10/2018 | nm_nabilah

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXEdRA7~