Gotong Royong Perdana | PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
» BERITA » Gotong Royong Perdana

Gotong Royong Perdana

Oleh: Suziana Sidik

SERDANG, 8 MEI 2017.– Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program gotong-royong perdana di kuarters pegawai di Jalan Pongamia, baru-baru ini.

Program gotong royong turut disertai wakil daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) seperti Unit Bantu Mula, Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (PKKP) , Taman Pertanian Universiti (TPU), Fakulti Perhutanan, Fakulti Pertanian dan Fakulti Rekabentuk & Senibina bagi menjayakan program ini.

 
Program gotong-royong yang diadakan merupakan sebahagian daripada usaha bagi membersihkan pokok tumbang, persekitaran kawasan kuarters dan longkang berikutan kejadian hujan lebat dan ribut kencang yang melanda di UPM. Menerusi program ini, kita juga dapat mengeratkan lagi silaturahim antara PTJ yang dapat bersua muka.
 
 
 

Tarikh Input: 10/10/2017 | Kemaskini: 12/01/2018 | nm_munirah

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXFBPA6~