KEJOHANAN LIGA BOWLING INTER GABUNGAN BAHAGIAN PPPA 2023 | PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
» BERITA » KEJOHANAN LIGA BOWLING INTER GABUNGAN BAHAGIAN PPPA 2023

KEJOHANAN LIGA BOWLING INTER GABUNGAN BAHAGIAN PPPA 2023

Pada 8/12/2023, Kelab Pembangunan & Pengurusan Aset, Universiti Putra Malaysia, PPPA UPM telah menganjurkan satu pertandingan Kejohanan Liga Bowling Inter-Gabungan Bahagian PPPA 2023. Pertandingan ini telah melibatkan keseluruhan staf & keluarga di PPPA. Acara bermula pada pukul 9 malam, dan tamat sekitar jam 11 malam, bertempat di Mega Lanes Kuala Lumpur. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Pengarah PPPA sendiri iaitu Ir. Maznah binti Sahran. Pertandingan ini melibatkan 3 gabungan iaitu Gabungan 1, Gabungan 2 serta Gabungan 3. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh Gabungan 3. Tempat kedua pula dimenangi oleh Gabungan 2, diikuti Gabungan 1 yang mendapat tempat ketiga. Juara bagi kategori Jatuhan Pin terbanyak bagi lelaki pula ialah En. Muhammad bin Bahauddin (Gabungan 3). Manakala Juara bagi kategori Jatuhan Pin terbanyak bagi Perempuan pula ialah Puan Juliah (Gabungan 3). Secara keseluruhan, program telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

Tarikh Input: 02/01/2024 | Kemaskini: 02/01/2024 | akbar_masroh

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXFBJAA~