KURSUS ENERGY AUDIT IN BUILDINGS | PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
» BERITA » KURSUS "ENERGY AUDIT IN BUILDINGS"

KURSUS "ENERGY AUDIT IN BUILDINGS"

Oleh: Wan Noorshidah Wan Hussin

 

SERDANG, 5 Julai 2018 – Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Kursus “Energy Audit in Buildings” pada 3 hingga 5 Julai 2018 bertempat di Dewan Seminar, Kolej Keenam UPM.

Kursus “Energy Audit in Buildings” ini dianjurkan dengan kerjasama SEDA Malaysia, yang mana merupakan entiti yang bertanggungjawab kepada pengurusan Energy Audit bagi Badan Kerajaan. Kursus ini disampaikan oleh Pn. Andrea Jeanne D'rozario yang mana di dalam Kursus ini, peserta didedahkan kepada peranan dan tugas Jawatankuasa Pengurusan tenaga serta teknik dalam pelaksanaan audit mengikut keperluan Bahagian Audit Tenaga.

   

Kursus Penyeliaan di Tapak Bina (Sesi I) ini disertai oleh staf UPM (Skim J) yang terdiri daripada Jurutera, Penolong Jurutera, Juruukur Bahan dan Penolong Jurukur yang mana mereka terlibat dengan pengurusan tenaga di UPM. Peserta juga didedahkan dengan kaedah sebenar pengauditan melalui latihan praktikal di Bilik AHU, Bangunan Canselori Putra.

      

 

Tarikh Input: 09/10/2018 | Kemaskini: 09/10/2018 | wannoorshidah

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXFBGAi~