KURSUS KESEDARAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN DALAM PENYELIAAN DI TAPAK BINA (PROJEK & PENYELENGGARAAN) | PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
» BERITA » KURSUS KESEDARAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN DALAM PENYELIAAN DI TAPAK BINA (PROJEK & PENYELENGGARAAN)

KURSUS KESEDARAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN DALAM PENYELIAAN DI TAPAK BINA (PROJEK & PENYELENGGARAAN)

KURSUS KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DALAM PENYELIAAN TAPAK (PROJEK & PENYELENGGARAAN)    

 

Oleh: Wan Noorshidah Wan Hussin

 

SERDANG, 23 Julai 2019 – Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Kursus Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Penyeliaan Tapak (Projek & Penyelenggaraan)  (Sesi I) pada 22 Julai 2019 dan (Sesi II) pada 23 Julai 2019 bertempat di Dewan Seminar, Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), UPM.

Kursus Kesedaran Keselamatan Pekerjaan Dalam Penyeliaan Tapak (Projek & Penyelenggaraan) ini disampaikan oleh Pn. Hanah Zakaria daripada Unit Latihan CIDB. Antara perkara yang didedahkan kepada peserta dalam Kursus Kesedaran Keselamatan Pekerjaan Dalam Penyeliaan Tapak (Projek & Penyelenggaraan) ini adalah berkaitan Akta Osha 1994, safe lifting, fall protection, permit to work, traffic management dan personal protection equipment.

 

Kursus Kesedaran Keselamatan Pekerjaan Dalam Penyeliaan Tapak (Projek & Penyelenggaraan) ini disertai oleh staf UPM yang terdiri daripada Jurutera, Penolong Jurutera, Juruukur Bahan, Penolong Jurukur dan beberapa jawatan lain yang mana mereka terlibat dengan penyeliaan di tapak bina bagi projek serta kerja-kerja penyelenggaraan di UPM. Kursus ini juga dijalankan secara “video conference” bersama (sembilan) 9 orang staf daripada  Bahagian Pembangunan, UPM Kampus Bintulu.

Tarikh Input: 07/08/2019 | Kemaskini: 07/08/2019 | wannoorshidah

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXFBPAV~