Oleh: Wan Noorshidah Wan Hussin
SERDANG, 6 Mac 2018 – Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Kursus Penyeliaan di Tapak Bina (Sesi I) pada 5 dan 6 Mac 2018 bertempat di Dewan OSH, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), UPM.
Kursus Penyeliaan di Tapak Bina (Sesi I) ini disampaikan oleh Hj. Mohd Nasaruddin Ali . Dalam Kursus Penyeliaan di Tapak Bina ini, peserta didedahkan kepada peranan dan tugas penyeliadi tapak bina bermula daripada pra-pembinaan, semasa pembinaan dan pasca pembinaan.
Kursus Penyeliaan di Tapak Bina (Sesi I) ini disertai oleh staf UPM (Skim J) yang terdiri daripada Jurutera, Penolong Jurutera, Juruukur Bahan dan Penolong Jurukur yang mana mereka terlibat dengan penyeliaan di tapak bina bagi projek di UPM.
Tarikh Input: 06/09/2018 | Kemaskini: 06/09/2018 | wannoorshidah
Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.