KURSUS PENYENGGARAAN JALAN | PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
» BERITA » KURSUS PENYENGGARAAN JALAN

KURSUS PENYENGGARAAN JALAN

KURSUS PENYENGGARAAN JALAN

 

Oleh: Wan Noorshidah Wan Hussin

 

SERDANG, 13  – Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Kursus Penyenggaraan Jalan pada 12 Ogos 2020 bertempat di Bilik Seminar, Fakulti Kejuruteraan, UPM dan pada 13 Ogos 2020 bertempat di IKRAM Bangi.

            

Kursus Penyenggaraan Jalan ini dianjurkan dengan kerjasama IKRAM Latihan Sdn. Bhd. Kursus ini disampaikan oleh En. Mohd Yazid Matori yang mana di dalam Kursus ini, peserta didedahkan kepada struktur pembinaan jalan, kerja-kerja penyenggaraan jalan, jenis-jenis kerosakan jalan, bahan-bahan dalam pembinaan jalan, peralatan/jentera yang digunakan, kaedah kerja serta kawalan keselamatan di tapak bina. Peserta juga didedahkan dengan kerja-kerja secara praktikal melalui ujian-ujian yang dibuat di Makmal Pavement IKRAM.

      

Kursus ini disertai oleh 30 orang staf UPM (Skim J) yang terdiri daripada Jurutera, Penolong Jurutera, Juruukur Bahan dan Penolong Jurukur yang mana mereka terlibat dengan pengurusan kerja-kerja penyenggaraan jalan di UPM.

Tarikh Input: 19/08/2020 | Kemaskini: 19/08/2020 | wannoorshidah

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXFBJAr~