KURSUS “PROJECT RISK MANAGEMENT” | PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
» BERITA » KURSUS “PROJECT RISK MANAGEMENT”

KURSUS “PROJECT RISK MANAGEMENT”

KURSUS “PROJECT RISK MANAGEMENT

Oleh: Wan Noorshidah Wan Hussin

SERDANG, 31 Oktober 2017 – Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Kursus “Project Risk Management” pada 30 dan 31 Oktober 2017 bertempat di Dewan OSH, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), UPM.

Kursus “Project Risk Management” ini disampaikan oleh Ir. Mohd Mukhlis Jaya Abdullah, Ketua, Unit Amalan Terbaik, Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Dalam Kursus “Project Risk Management” ini, peserta didedahkan kepada teknik dalam mengenalpasti, mengklasifikasi dan menguruskan risiko secara sistematik sepanjang pelaksanaan projek.

    

Kursus “Project Risk Management” ini disertai oleh staf UPM (Skim J) yang terdiri daripada Jurutera, Penolong Jurutera, Juruukur Bahan dan Penolong Jurukur yang mana mereka terlibat dengan pengurusan projek di UPM. Kursus ini juga dijalankan secara “video conference” bersama (sembilan) 9 orang staf daripada UPM Kampus Bintulu.

    

 

Tarikh Input: 02/11/2017 | Kemaskini: 02/11/2017 | wannoorshidah

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXFBRAz~