LAWATAN KERJA USM KE PPPA, UPM | PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
» BERITA » LAWATAN KERJA USM KE PPPA, UPM

LAWATAN KERJA USM KE PPPA, UPM

Oleh: Wan Noorshidah Wan Hussin

 

SERDANG, 16 Mei 2018 – Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), Universiti  Putra Malaysia telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Pejabat Aset dan Operasi Universiti Sains Malaysia (PAO, USM). Program lawatan kerja oleh POA, USM ini adalah bertujuan untuk melihat dan berkongsi ilmu berkaitan beberapa perkara antaranya berkaitan struktur pengurusan, urustadbir jabatan, dan pengurusan aset yang dilaksanakan di PPPA, UPM.

    

Delegasi dari POA, USM yang diketuai oleh Tn. Hj. Abd Hadi Ahmad, Timbalan Pendaftar, PAO, USM hadir bersama beberapa orang pegawai yang terdiri daripada Ketua Penolong Pendaftar, Penolong Pendaftar Kanan, Penolong Pendaftar serta Pegawai Teknologi Maklumat Kanan.

Dengan program seumpama ini diharapkan dapat membentuk jalinan kerjasama yang lebih erat serta dapat berkongsi ilmu di antara kedua-dua agensi.

  

Tarikh Input: 06/09/2018 | Kemaskini: 06/09/2018 | wannoorshidah

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXFBRAr~