Majlis Perpisahan Dan Persaraan Pengarah Pembangunan, UPM | PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
» BERITA » Majlis Perpisahan dan Persaraan Pengarah Pembangunan, UPM

Majlis Perpisahan dan Persaraan Pengarah Pembangunan, UPM



SERDANG, 20 Januari 2017 - Kelab Kebajikan dan Sosial, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset telah menganjurkan satu majlis persaraan buat Pengarah Pembangunan iaitu Puan Chek Zan binti Kasah yang telah menamatkan perkhidmatan beliau pada 19 Januari 2017.

Majlis tersebut diadakan bagi memberi penghormatan kepada beliau yang telah menerajui kepimpinan di Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, UPM bermula dari Oktober 2015 sehingga 20 Januari 2017. 

Majlis berkenaan bermula pada pukul 10 pagi dengan ucapan bacaan doa oleh En. Muhammad Khairy Mohd Dan diiringi ucapan oleh wakil pejabat pembangunan iaitu Tuan Haji Nizan Jaffar dan diikuti oleh Puan Chek Zan binti Kasah.

Sepanjang majlis berkenaan, Puan Chek Zan binti Kasah berkongsi pengalaman beliau sepanjang berkhidmat di Universiti Putra Malaysia.

Satu tayangan video diadakan sewaktu majlis berkenaan berjalan yang mana memuatkan gambar-gambar beliau bersama pasukan Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset sewaktu mengendalikan projek di UPM.

Majlis berkenaan tamat lebih kurang pukul 12 tengahari.  
 

 

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 12/07/2017 | nm_nabilah

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXFBTAb~