MATRADE Ke PPPA Untuk Perkongsian Ilmu Berkaitan EPC | PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
» BERITA » MATRADE ke PPPA Untuk Perkongsian Ilmu Berkaitan EPC

MATRADE ke PPPA Untuk Perkongsian Ilmu Berkaitan EPC

Oleh: Wan Noorshidah Wan Hussin

SERDANG, 14 Februari 2018 – Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), Universiti  Putra Malaysia telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Program lawatan kerja oleh MATRADE ini bertujuan untuk perkongsian ilmu berkaitan projek Energy Performance Contracting (EPC) yang dilaksanakan di UPM.

 

Delegasi dari MATRADE yang diketuai oleh En. Abu Bakar Koyakutty, Pengarah Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan diberikan pendedahan berkaitan projek EPC di UPM dalam dua (2) slot yang disampaikan oleh Tn. Hj. Ideris Hadzir, Pengurus Tenaga UPM dan diikuti oleh wakil daripada Syarikat SIAZ.

Program tersebut turut diisi dengan sesi lawatan ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) yang mana fakulti tersebut merupakan salah satu fakulti yang telah melaksanakan EPC di UPM.

Dengan program seumpama ini diharapkan dapat membentuk jalinan kerjasama yang lebih erat serta dapat berkongsi ilmu di antara kedua-dua agensi.

 

Tarikh Input: 22/02/2018 | Kemaskini: 22/02/2018 | wannoorshidah

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXFBUAf~