Program Cetusan Idea Naib Canselor UPM | PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
» BERITA » Program Cetusan Idea Naib Canselor UPM

Program Cetusan Idea Naib Canselor UPM



SERDANG, 8 Oktober 2016 - Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, UPM akan menganjurkan program penanaman pokok di sekitar UPM Kampus Serdang dan Bintulu. Idea cetusan dari Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr. Aini Ideris akan direalisasikan di mana semua staf dan pegawai, PPPA akan terlibat sama menjayakan selain beberapa pegawai akademik dan Pegawai Pengurusan UPM turut serta. 

Dianggarkan seramai 3400 pelajar akan terlibat bagi kampus UPM Serdang, manakala bagi seramai seramai 150 bilangan pelajar akan terlibat di kampus UPM Bintulu . Program ini akan dipecahkan kepada beberapa kawasan iaitu Zon A, Zon B, Zon C dan Zon D serta Zon Bintulu, Sarawak.

Penyelaras dibahagikan mengikut Zon iaitu bagi Zon A akan diwakili oleh Tuan Haji Mohd Nizan Jaffar. Zon B pula diwakili oleh Encik Mohd Fuad Mahmood, manakala Zon C diwakili oleh Encik Zulkhairi Ibrahim dan Zon D diwakili oleh Encik Mohd Zamanu Al Mohtadi Ekhwan.

Sebanyak 9,840 pokok akan ditanam sepanjang program ini berlangsung di kampus UPM Serdang. Antara jenis pokok yang akan ditanam terdiri dari jenis Hibiscus Variegated, Bougainvilla, Eugenia Oleina, Acalypha Sismensis, Karas dan pokok buah-buah bagi kampus Bintulu, Sarawak. 

Program ini berkonsepkan Kampus dalam Taman dan akan dirasmikan oleh  Naib Canselor,UPM.

Tarikh Input: | Kemaskini: | nm_munirah

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXFBTAU~