TAWARAN KURSUS HAWA DINGIN DAN PENGUDARAAN | PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
» BERITA » TAWARAN KURSUS HAWA DINGIN DAN PENGUDARAAN

TAWARAN KURSUS HAWA DINGIN DAN PENGUDARAAN

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA) akan menganjurkan Kursus Hawa Dingin dan Pengudaraan dan penyertaan kursus adalah terbuka kepada semua staf UPM yang terlibat dalam menguruskan dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di PTJ masing-masing. Maklumat kursus adalah seperti berikut:
          
Tarikh   : 18 dan 19 Mac 2015 (Rabu dan Khamis)
Masa     : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Akademi Binaan Malaysia (Bas akan disediakan di hadapan
              Dewan Besar PKKSSAAS)
        
Tuan/puan yang berminat untuk mengikuti kursus ini diminta untuk melayari laman web Sistem Pengurusan Latihan UPM di http://www.elatihan.upm.edu.my dan klik pada 'Mohon Kursus' bagi kursus bertajuk seperti di atas pada takwim latihan UPM.
          
Untuk makluman tuan/puan, penyertaan adalah terhad dan penyertaan yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel beserta surat tawaran kursus secara online. Sekiranya tuan/puan tidak menerima surat tawaran seminggu sebelum tarikh kursus, bermakna permohonan tuan/puan tidak berjaya.
        
Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-89467999 (Puan Siti Nadirah Mat Na'ain).

Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXFBRAC~